Deepavali : 12 November 2023
Anda juga boleh adakan jualan atau promosi menarik sempena sambutan Hari Deepavali.
Contoh SMS : Raikan warna-warni Deepavali bersama koleksi terbaru kami. Checkout gunakan kod DEEPA23 untuk tebus penghantaran percuma.
Hari Krismas : 25 Disember 2023
Sambutan Hari Krismas cukup sinonim dengan pemberian hadiah untuk yang tersayang. Inilah peluang anda untuk adakan promosi menarik pada pelanggan.
Contoh SMS : Selamat menyambut Hari Krismas! Gunakan kod XMAS23 untuk dapatkan balutan hadiah serta kad ucapan percuma daripada kami!
Hari Malaysia : 16 September 2023
Anda juga boleh war-warkan program istimewa bersama pelanggan di cawangan menerusi pemasaran SMS.
Contoh SMS : Selamat Hari Malaysia! Kibarkan Jalur Gemilang ketika drive-thru dan dapatkan 15% diskaun bagi setiap pembelian!
whatever your SIM Card is, enjoy the choices of transaction: Type SMS or Select Menu
Now, banking transaction is getting easier. Mandiri SMS is a banking service you can use to do banking transactions through SMS on your cellular phone.
Hari Kemerdekaan : 31 Ogos 2023
Banyak jenama yang tak ketinggalan untuk tawarkan promosi menarik sempena Hari Kemerdekaan.
Contoh SMS : Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-66! Gunakan kod promo MERDEKA23 untuk dapatkan minuman dengan harga istimewa RM 6.60!
Hari Raya Aidilfitri : 22 April 2023
Menjelang Hari Raya Aidilfitri, ramai yang teruja untuk buat persiapan dengan membeli-belah. Inilah peluang anda untuk tawarkan diskaun menarik.
Salam Aidilfitri! Jom dapatkan koleksi Lebaran terkini dengan potongan diskaun 15%.
Hari Buruh : 1 Mei 2023
Contoh SMS : Selamat Hari Buruh! Dapatkan potongan diskaun 30% bagi pembelian RM 50 ke atas dengan kod HARIBURUH23.
Awal Ramadan : 23 Mac 2023
Bulan Ramadan merupakan bulan yang dinanti-nantikan umat Islam setiap tahun.
Pada bulan ini, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk banyakkan amal jariah.
Hiasi bulan Ramadan anda dengan sedekah jariah. Klik di sini untuk taja anak-anak di Syria berbuka. (pautan)
SMS Vs MMS : Ciri-Ciri, Beza dan Contoh Kempen Yang Anda Boleh Cuba
Sebelum pergi dengan lebih jauh, jom kita kenali apa itu SMS dan MMS.
SMS bermaksud Short Message Service. Mesej adalah berasaskan teks dan mempunyai had maksimum 160 aksara.
Setiap telefon mudah alih tidak kiralah model lama atau model baru dilengkapi dengan ciri SMS.
Oleh itu, SMS adalah satu bentuk komunikasi yang sebati dengan semua pengguna telefon bimbit. Ia juga sangat mudah untuk digunakan.
Untuk menghantar SMS, anda hanya perlukan senarai nombor telefon penerima yang dikumpulkan dalam satu database.
MMS pula bermaksud perkhidmatan pemesejan multimedia iaitu mesej teks yang terdiri daripada media, seperti imej, fail audio, GIF dan video.
Saiz MMS adalah lebih besar berbanding SMS kerana ia boleh mencecah sehingga 500KB atau 1600 karakter.
Untuk menghantar mesej MMS juga lebih mahal kerana penggunaan data yang banyak. Walau bagaimanapun, mesej MMS jauh lebih menarik dari segi visual dan mampu menyalurkan lebih banyak informasi berbanding SMS.
Seperti SMS, MMS juga boleh dihantar tanpa bantuan internet.
Namun, tidak semua telefon pintar dapat menerima mesej dalam bentuk MMS. Dalam kes ini, penerima hanya akan terima teks sahaja pada paparan skrin mereka.
Anda contoh kempen SMS yang anda boleh cuba adalah seperti berikut :
Anda boleh menghantar promosi kod setiap kali ada pelancaran produk baru atau jualan.
Pelanggan yang membaca teks ini pasti akan cenderung untuk melawat website atau kedai online anda untuk ketahui mengenai promosi yang ditawarkan dengan lebih lanjut.
Anda juga boleh hantarkan mesej alu-aluan kepada pelanggan yang baharu mendaftar dengan anda.
Cara ini boleh membuatkan pelanggan baru rasa lebih teruja untuk mencuba produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan di samping memberikan first impression yang baik.
Setiap perubahan yang berlaku atau yang diubah pelanggan dari laman web atau kedai online perlulah dimaklumkan kepada pelanggan melalui mesej teks.
Sertakan juga nombor telefon pada mesej anda yang boleh mereka hubungi untuk nyatakan masalah yang dihadapi.
Hantarkan kod pengesahan melalui mesej SMS setiap kali pelanggan log masuk ke laman web anda supaya mereka dapat mengesahkan identiti mereka.
Mesej ini penting bagi menjamin keselamatan maklumat pelanggan tersebut.
Anda juga boleh manfaatkan SMS Marketing untuk memberikan peringatan janji temu kepada pelanggan.
Dalam SMS tersebut, anda dapat maklumkan tarikh dan masa janji temu dalam mesej teks anda.
Sertakan juga nombor yang dapat dihubungi oleh pelanggan atau link yang mereka boleh rujuk untuk khidmat pelanggan.
MMS adalah salah satu strategi yang baik untuk anda perkenalkan produk baru.
Pada teks mesej tersebut, sertakan satu gambar produk baru dan teks ringkas yang anda ingin hantarkan pada pelanggan.
Jangan lupa untuk sertakan bersama pautan ke laman web supaya pelanggan dapat mengetahui lebih lanjut mengenai produk terbaru anda.
Selain gambar, anda juga boleh hantarkan video pendek yang menarik kepada pelanggan.
Memang tak rugi untuk anda cuba memandangkan ramai yang lebih gemar menonton video berbanding membaca teks yang panjang.
Selain pengenalan produk terbaru, pemilik bisnes juga biasa hantarkan video MMS bagi mengumumkan jualan kilat kepada pelanggan mereka.
Anda boleh sertakan gambar kupon dalam teks mesej promosi anda supaya pelanggan lebih tertarik untuk berbelanja.
Anda juga boleh tambahkan pautan laman web dalam MMS untuk memudahkan pelanggan membeli-belah di kedai online anda.
SMS dan MMS kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing. Bila anda tahu perbezaannya, maka anda bolehlah manfaatkan kedua-duanya dalam kempen pemasaran dengan lebih berkesan! Selamat mencuba!
Bagi anda yang ingin mulakan pemasaran SMS dengan harga yang murah serta lengkap dengan ciri-ciri menarik, jom daftar SMS Niaga bersama kami.
Sumber: voicesage.com
Tips Penghantaran SMS Pada Musim Perayaan
Pemasaran SMS mempunyai keunikan untuk mencapai pelanggan secara terus.
Jadi, anda perlulah gunakan kelebihan ini dengan tepat untuk tingkatkan hasil jualan.
Ini ada beberapa tips yang anda boleh ikuti untuk pastikan kempen pemasaran SMS 2023 anda berjaya pada musim perayaan :
Pastikan anda jadualkan blast SMS pada waktu yang betul. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin tawarkan pakej Qurban, pastikan anda lakukannya lebih awal agar pelanggan boleh pertimbangkan untuk sertai program bersama anda.
Dengan lambakan jualan menjelang musim perayaan, pelanggan akan berasa rimas sekiranya sesebuah jennama hantarkan terlalu banyak mesej promosi.
Sebaliknya, rancang untuk hantar SMS dengan kekerapan yang sederhana dan fokuskan pada kandungan yang menarik dan bermanfaat untuk ditawarkan pada pelanggan.
Tahukah anda bahawa 66% pelanggan menggunakan telefon bimbit untuk membeli-belah? Pada musim perayaan, lebih ramai pelanggan yang cenderung untuk buat pembelian.
Jadi, manfaatkanlah musim perayaan untuk tarik lebih ramai lagi pelanggan untuk daftar pemasaran SMS 2023 anda. Sebagai contoh, anda boleh tawarkan hadiah istimewa bagi setiap pendaftaran.
Contoh SMS : Mesej RAYA ke 23443 untuk dapatkan sampel lipstick percuma daripada NEERA.
Musim perayaan adalah waktu yang tepat untuk anda kekalkan kesetiaan pelanggan di samping menarik ramai lagi pelanggan untuk ketahui mengenai jenama anda.
Jangan lupa untuk gunakan waktu-waktu yang telah disenaraikan untuk lancarkan pemasaran SMS 2023.
Tetapkan waktu serta kandungan yang betul pada setiap SMS yang dihantar, anda pasti akan dapat hasil yang memuaskan.
Jom mulakan pemasaran SMS 2023 dengan kami! SMS Niaga sedia menawarkan pakej dengan harga yang berbaloi untuk tingkatkan potensi bisnes anda. Hubungi kami segera untuk ketahui dengan lebih lanjut.